Karya Jaafar Abdul Wahid

Karya Jaafar Abdul Wahid terutamanya puisi, telah termuat di dalam beberapa antologi puisi antaranya; Kekasih (1988), Gema Membela Gema (1988), Guru Oh Guru(1989), Nyanyian Dari Desa (1990), Rebung(1990), Al-Khafi (1992), Luka Bosnia (1992), dan Perkasihan Musim (1992). Beliau juga telah bertugas di salah sebuah syarikat swasta di daerah Kuala Penyu, Sabah. Jaafar kemudiannya telah terpilih untuk menjadi salah seorang Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah pada tahun 1992. Buku kumpulan puisi yang bertajuk “Lakaran Perjalanan” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 2000 adalah suatu hasil sastera yang tercetus melalui projek anak angkat tersebut.